Saturday, June 20, 2009

Ban Manis

Ban Manis

Bahan-bahan:
300gm tepung gandum
2 sudu teh yis kering (saya gunakan instant yis)
6 sudu teh gula
150ml air suam
3 sudu teh susu tepung @ susu pekat
1 biji telur
2 sudu teh majerin
1/4 sudu teh garam

Cara-caranya:

Mula-mula masukkan tepung, yis, gula,susu tepung, dan garam ke dalam sebuah mangkuk. Gaul hingga rata. Kemudian masukkan tepung dan air. Gaul hingga sebati. Masukkan majerin, gaul lagi. Setelah itu alihkan adunan doh ke permukaan yang rata untuk diuli. Uli lebih kurang 10 - 15 minit. Masukkan kedalam mangkuk yang telah disapu minyak, tutup permukaan mangkuk tersebut dan perapkan selama sejam.

Setelah adunan naik dua kali ganda, tumbukkan adunan itu dengan tangan untuk mengeluarkan angin. Uli sekejap. Bahagikan adunan kepada 8 atau 10 bahagian. Bulat-bulatkan dan aturkan kedalam loyang. Saya gunakan loyang yang bulat berukuran 8 inci. Perapkan lebih kurang 30 minit kemudian bakar dalam oven yang bersuhu 200 darjah Celcius, lebih kurang 15 - 20 minit. Suhu dan masa merujuk kepada oven masing-masing. Apabila masak, keluarkan dari oven dan sapukan majerin di atas ban yang masih panas itu. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, June 11, 2009

Sagu Merah

Sagu merah

Bahan-bahannya :
1 cawan sagu halus berwarna putih
100gm gula pasir
2 dan ½ cawan air
1 helai daun pandan
Beberapa titis pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:

Basuh sagu halus dan rendamkannya dengan air sejuk selama 1 jam. Kemudian toskan.
Masukkan air, daun pandan, gula dan pewarna merah kedalam sebuah periuk.
Masakkan sehingga air mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga menjadi pekat.
Apabila masak, curahkan kedalam loyang dan sejukkan.
Potong atau gunakan sudu dan gaulkan dengan kelapa parut putih yang telah bercampur dengan garam halus.
Hidangkan sebagai minuman petang.

Pemakanan Seimbang



Piramid Makanan

Piramid makanan diatas menerang jenis
dankuantiti makanan yang sepatut diambil
bagi menjamin pemakanan yang seimbang
untuk kesihatan diri.Piramid makananadalah
serpeti yang diatas.
Piramid makanan terdiri:
Karbohidrat-makanan jenis ini membekalkan tenaga terdiri daripada nasi,roti dan makanan daripada kumpulan ubi
Protien-meningkatkan tumbesaran badan iaitu susu,daging ikan,telur dan kacang soya.
Lemak-membekalkan tenaga terdapat dalam minyak masak,margerin,mentega,santan dan kekacang.
Vitamin dan mineral-tumbesar untuk pertumbuhan tulang,gigi,gusi dan pembinaan sel darah merah.
TUJUH PRINSIP PEMAKANAN UNTUK KESIHATAN:
  1. Menikmati pelbagai jenis makanan
  2. kekal berat badan yang sihat
  3. makan banyak produk bijirin,kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
  4. kurangkan lemakdan kolestrol
  5. kurangkan pegunaan garam
  6. kurangkan pegunaan gula
  7. minum banyak air

Usah Bicara Lagi

Usah bicara lagi,
Andai hati tidak menganggupi,
Menghulur secarik ketulusan,
Menitis lewat perpisahan.

Usah bicara lagi,
Mendabik kemakmuran bertunjang keadilan,
Sudah terbias muslihat semalam,
Tanah tandus itu,
Siapa punya angkara
Aku?
Mereka?
Kamu?

Sekadar seketika,
Ihsan tumpah menyapa,
Mereka mengutip menerpa,
Bibir siapa tersenyum.

Usah bicara lagi,
Andai kata menambah derita.

Sunday, June 7, 2009

Di Tengah Taman

Lihatlah,
Bunga-bunga berkembangan,
Rama-rama berterbangan,
Segar kita,
Ditengah taman.

Tetapi tiba-tiba,
Fikiran menjauhi saujana masa,
Bunga-bunga akan layu,
Rama-rama terkapar kalu.

Jangan terlalu lama di taman,
Segala sementara,
Bunga-bunga akan layu,
Rama-rama akan kaku,
Bergeraklah kita,
Mengejar waktu.

Friday, June 5, 2009

about me

nama saya amir afandi, panggil amir saja. umur baru 13thn. hobi saya main bola sepak,catur,baca buku, melayari internet dan main game.